NAJIB di Majlis Penghargaan Kastam. FOTO Mohd Fadli Hamzah
Mohd Husni Mohd Noor
mhusni@hmetro.com.my


Putrajaya: Kerajaan akan meneruskan keputusan menjadikan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) sebagai badan korporat tidak lama lagi dengan jaminan skim perkhidmatan lebih baik.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, sebelum ini, usaha berkenaan tertangguh disebabkan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) namun, kerajaan memutuskan untuk meneruskannya berikutan kecemerlangan JKDM menguruskan GST.

Beliau berkata, keputusan berkenaan adalah ahadiah terbaik kepada warga JKDM kerana meyakinkan kerajaan menerusi usaha mengendalikan GST.

"Kerajaan akan menawarkan skim perkhidmatan yang lebih baik kepada warga JKDM," katanya ketika berucap pada Majlis Penghargaan Kastam Bersama Perdana Menteri di sini, malam tadi.

Hadir sama Menteri Kewangan II Datuk Seri Johari Abdul Ghani dan Ketua Pengarah Kastam Datuk Seri Khazali Ahmad.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 13 Mac 2017 @ 10:45 PM