BOT dagang yang ditemui karam. FOTO ihsan APMM
Mohd Hilmie Hussin
mohdhilmie@hmetro.com.my


Alor Gajah: Bot dagang ditemui karam di perairan Kuala Linggi di sini, hari ini.

Bagaimanapun pemeriksaan awal hanya menemukan bot terbabit sementara anak kapal gagal dikesan.

Sumber Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) berkata, pihaknya menerima laporan pertama pada 5.20 petang daripada pengawal pantai manakala laporan kedua diterima menerusi MERS999, 10 minit kemudian.

Katanya, bot terbabit dipercayai dari Indonesia dan mempunyai muatan.

"Bot terbabit ditemui di 6.8 batu nautika dari muara Kuala Linggi iaitu di kawasan batuan mandi," katanya.

"Gerakan mencari dan menyelamat (SAR) terus digerakkan dan aset kita sampai di lokasi pada 5.55 petang namun SAR dihentikan kerana cuaca gelap," kata sumber APMM ketika dihubungi.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 13 Mac 2017 @ 10:05 PM