ISWANI (kiri) dan Zulkifli menunjukkan timbunan sampah yang dibuang berhampiran ladang getah.
Noorazura Abdul Rahman
am@hmetro.com.my


Sik: Longgokan sampah di ladang getah FELDA Lubuk Merbau, di sini, menyebabkan kawasan ladang itu dicemari bau busuk selain turut dibimbangi menjejaskan pertumbuhan pokok getah.

Menurut seorang peneroka Iswani Taib, 43, kontraktor dilantik oleh pengurusan FELDA itu membuang sampah di kawasan peringkat dua ladang itu sejak lima tahun lalu sehingga menyebabkan hampir 30 batang pokok durian di kawasan sekitar mati.

“Longgokan sampah ini menyebabkan berlakunya sisa toksik mengalir di alur sungai berdekatan, apabila hujan sisa toksik ini turut meracuni pokok ditanam.

“Sekarang saya bimbang pokok getah ditanam semula sejak tiga tahun lalu pula akan mati apabila ia membesar kerana akar pokok mula menyerap sisa toksik daripada longgokan sampah yang tidak sampai 10 meter dari pokok ditanam,” katanya ketika ditemui di FELDA Lubuk Merbau, di sini, semalam.

Abang Iswani, Zulkifli Taib, 53, pula berkata, longgokan sampah itu menyebabkan kehadiran babi di kawasan itu yang boleh mengancam nyawa peneroka.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 10 Mac 2017 @ 7:29 AM