HM Digital
am@hmetro.com.my


• 16 pertuduhan terhadap Datuk Seri Hasmiza Othman yang didakwa di Mahkamah Sesyen Ipoh, Perak kerana gagal membayar GST pada April 2015 hingga Julai 2016, ditarik balik selepas jutawaan kosmetik berkenaan membayar kesemua cukai itu, hari ini berjumlah RM4.2 juta.

• Selepas 24 tahun, akhirnya rekod kebangsaan 100 meter wanita dipecahkan oleh Zaidatul Husniah Zulkifli, hari ini.

• Seorang pegawai polis dan tujuh anggota polis mengaku tidak bersalah di tiga Mahkamah Sesyen berasingan di ibu negara atas pelbagai tuduhan rasuah.

• APMM Wilayah Sabah dan Labuan meneruskan operasi mencari dan menyelamat lima mangsa bot karam di Pulau Mengalum yang kini memasuki hari ke-41, hari ini.

• Ruang udara Butterworth hari ini digegarkan dengan deruman lebih 10 pesawat tempur dari beberapa negara yang mengadakan latihan sempena Pameran LIMA'17.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 9 Mac 2017 @ 6:59 PM