Lelaki disyaki menipu pembeli rumah diperintah reman di Mahkamah Majistret Johor Bahru. FOTO Hairul Anuar Rahim
Izlaily Nurul Ain Hussein
izlaily@hmetro.com.my


Johor Bahru: Seorang ketua Pemuda UMNO bahagian direman tiga hari oleh Mahkamah Majistret di sini, bagi membantu siasatan berhubung kes penipuan menawarkan Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ).

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Mohd Azlan Shah Mohd Allias terhadap lelaki berusia 43 tahun itu bermula hari ini sehingga Jumaat ini.

Turut direman tiga hari ialah rakan suspek iaitu peniaga wanita berusia 41 tahun.

Penahanan reman terhadap kedua-dua suspek itu dibuat bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Kedua-dua mereka tiba di mahkamah kira-kira 3 petang dengan memakai pakaian lokap berwarna ungu diiringi anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 8 Mac 2017 @ 7:41 PM