JOI 11
AVR10T
AVR116T
Wan Nur Ameera Meor Rozman
it@hmetro.com.my


Peranti 2-dalam-1 JOI 11 kini menawarkan pengguna dengan pengalaman Windows 10 untuk kedua-dua produktiviti dan muat turun aplikasi dengan lebih mudah dan cepat.

Diperbuat daripada logam dan mempunyai reka bentuk anggun, peranti ini hadir dengan paparan HD penuh 1920 x 1280 bersaiz 10.8 inci yang sesuai untuk semua peringkat umur.

Dengan berat yang hanya 700gm dan senipis 8.8mm, JOI 11 boleh dijadikan peranti mudah alih dan boleh dibawa ke mana saja kerana mempunyai ciri yang ringan.

Dikuasakan oleh pemproses x5 Quad Core Intel Atom dan 4GB DDR3 RAM, JOI 11 menawarkan prestasi yang menakjubkan selain cekap tenaga untuk kedua tugasan dan permainan.

Diperbuat dengan USB jenis C, peranti ini menawarkan pegecasan pantas, jangka hayat bateri antara 6 hingga 8 jam serta pemindahan data lebih cepat berbanding USB biasa. Selain itu, JOI 11 juga menyokong video dan output audio ke paparan luaran melalui HDMI untuk persembahan atau penggunaan multimedia.

Dalam masa sama, SNS Network (M) Sdn Bhd turut memperkenalkan dua peranti Windows bertemakan Avengers yang diilhamkan oleh logo ikonik Avengers untuk membawakan keseronokan dan lebih produktiviti untuk semua penggunanya.

Peranti 2-dalam-1 AVR10T dengan skrin 10.1 inci terbabit didatangkan dengan warna dan hiasan Tony Stark, manakala AVR116T dengan saiz skrin 11.6 inci pula direka dengan logo Avengers.

INFO

JOI 11

• Harga: RM899

• Pemprosesan: Quad Core IntelÆ Atom X5- Z8350

• OS: Windows 10 Home

• RAM: 4 GB DDR3

• Storan: 32 GB (sokongan kad microSD sehingga 128 GB)

• Skrin: 10.8”

• Paparan: HD penuh 1920 X 1280

• Kamera: 5MP, 2MP (depan)

• Bateri: 8,400mAh

• Sokongan: USB Jenis C, Micro HDMI, Micro USB, Micro SD Slot

AVR10T

• Harga: RM1,249

• Pemprosesan: Quad Core Intel Atom X5-Z8300

• OS: Windows 10 Home

• RAM: 4 GB DDR3

• Storan: 32 GB (sokongan kad microSD sehingga 64 GB)

• Paparan: IPS 1280 X 800

• Skrin: 10.1”

• Kamera: 5MP, 2MP (depan)

AVR116T

• Harga: RM1,449

• Pemprosesan: Quad Core Intel Atom X5-Z8300

• OS: Windows 10 Home

• RAM: 4 GB DDR3

• Storan: 32 GB (sokongan kad microSD sehingga 64 GB)

• Paparan: HD 1366 X 768

• Skrin: 11.6”

• Kamera: 5MP, 2MP (depan)

• Bateri: 8,400 mAh (non-removable)

• Sokongan: USB Type C, Micro HDMI, Micro USB, Micro SD Slot

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 8 Mac 2017 @ 11:33 AM