ANTARA babak dalam filem Logan.
LAKONAN Jackman sebagai Logan yang meninggalkan impak.
JACKMAN dapat reaksi membina sepanjang 2 dekad kewujudan karakter Wolverine.
Syafil Syazwan Jefri
syafil.syazwan@hmetro.com.my


Bagi peminat karya adiwira, tentunya kehadiran filem Logan di pawagam seluruh negara bermula 2 Mac lalu membuatkan ramai tidak senang duduk.

Bintang utamanya, Hugh Jackman memegang peranan sebagai Wolverine atau Logan dalam sembilan filem bermula dengan X-Men pada 2000.

Namun begitu, pengakhirannya sudah tiba buat Logan dan sudah semestinya meninggalkan impak besar kepada peminat setia karakter itu.

Bagi Jackman, Wolverine atau Logan bukan sekadar karakter yang yang disajikan kepada penonton tetapi lebih daripada itu.

“Wolverine memberikan saya kerjaya. Ia karakter pertama saya di layar perak sekali gus membuka banyak peluang lain yang tidak pernah terlintas di fikiran saya,” katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 8 Mac 2017 @ 5:02 AM