Buaya sepanjang 3.5 meter berjaya ditangkap dalam Op Sang Bedal di Sungai Peking, Long Lama, berhampiran Rumah Panjang Jampang petang tadi.
Mohd.Rizal Abdullah
Mohd.rizal@hmetro.com.my

Marudi: Buaya sepanjang 3.5 meter berjaya ditangkap dalam Op Sang Bedal di Sungai Peking, Long Lama, berhampiran Rumah Panjang Jampang petang tadi.

Operasi membabitkan polis, Jabatan Hutan dan penduduk kampung itu dilancarkan sejak tiga hari lalu susulan serangan buaya yang mengorbankan remaja perempuan berusia 17 tahun di sungai berkenanaan pada 21 Februari lalu.

Ketua Polis Daerah Marudi Deputi Superintendan Gabriel Risut berkata, bagaimanapun, hasil pemeriksaan mendapati buaya berkenaan bukan buaya yang menyerang mangsa.

"Operasi akan diteruskan pada keesokannya," katanya.

Mangsa, Agnes Luang, 17, diserang buaya ketika mandi di sungai berkenaan bersama ibunya pada jam 6.30 petang.

Mayat mangsa ditemui keesokan paginya dengan kesan gigitan di belakang badan.

 

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 7 Mac 2017 @ 11:19 PM