AFP

Paris: Pemain tenis Perancis Kristina Mladenovic (gambar) mengumumkan semalam bahawa gandingannya dalam beregu wanita dengan Caroline Garcia sudah berakhir biarpun mereka menjuarai Roland Garros tahun lalu.

Kristina dan Caroline yang berada di ranking ketiga dunia juga muncul naib juara pada Terbuka Amerika Syarikat 2016 tetapi tewas pada separuh akhir Terbuka Australia Januari lalu.

“Selepas kejohanan di Dubai, Caroline memberitahu saya mengenai keinginannya menamatkan gandingan kami untuk memberi tumpuan kepada aksi perseorangan,” kata Kristina menerusi Twitter.

“Kami meraih banyak kejayaan bersama dan saya akan simpan semua kenangan indah itu.”

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 7 Mac 2017 @ 10:02 AM