Ikan aneh dikenali sebagai ‘armoured sea robin’.
Agensi

Darwin, Australia: Sekumpulan nelayan terkejut menemui sejenis ikan ganjil di perairan berhampiran sempadan Indonesia dan Darwin, yang kelihatan seperti ikan prasejarah.

Ikan aneh itu yang ditangkap di kawasan laut yang kedalamannya sehingga 30 meter, bersisik tebal, ekor meruncing seperti naga atau buaya dengan biji mata tersembul.

Menurut NT News, pakar marin mengenal pasti ikan itu sebagai ‘armoured sea robin’, spesies yang amat jarang ditemui dan biasanya hidup di perairan dalam tropika.

Ia mempunyai ‘kaki’ di depan untuk berjalan di dasar laut.

Menurut portal berita Indonesia merdeka.com, ikan itu yang sudah mati juga ditemui di Pantai Kambiow Kelurahan Bitung, Kota Amurang, Minahasa Selatan, Sulawesi Utara, pada 14 November lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 6 Mac 2017 @ 6:51 PM