ANGGOTA bomba memotong besi yang tertusuk kaki mangsa. FOTO ihsan Bomba
Farah Suhaidah Othman
am@hmetro.com.my


Tapah: Remaja lelaki cedera akibat kakinya tertusuk besi ketika menangkap ikan di sungai berhampiran rumahnya di Kampung Batu 5 di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 3 petang itu, mangsa Azman Sharul, 15, terpaksa menahan sakit sebelum bomba dipanggil pihak Hospital Tapah untuk memotong besi sepanjang kira-kira satu meter yang tertusuk di tapak kaki kiri mangsa.

Mangsa dikatakan keluar menangkap ikan di sungai berhampiran rumahnya sebelum tercucuk besi berkenaan.

Remaja itu kemudian dihantar ke untuk menerima rawatan lanjut.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tapah, Penolong Penguasa Bomba II Abd Rahman Ibrahim berkata, pihaknya menerima maklumat berkenaan dari pihak hospital meminta bantuan untuk memotong besi terbabit yang dianggarkan sepanjang satu meter pada 3.08 petang tadi.

"Sebaik tiba anggotanya memotong besi itu menggunakan pemotong besi supaya menjadi pendek sedikit bagi memudahkan pergerakan mangsa untuk menjalani pemeriksaan X-ray.

“Proses memotong besi itu hanya mengambil masa kira-kira dua minit," katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya,operasi itu tamat pada 4.10 petang, katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 5 Mac 2017 @ 6:08 PM