Hadzlihady Hassan
hadzlihady@hmetro.com.my


Bukit Mertajam: Tiga penyamun melarikan enam dulang emas bernilai RM150,000 di kedai emas di Jalan Pasar di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, dalam kejadian 12.35 tengah hari itu, tiga suspek terbabit menunggang dua motosikal dan meluru masuk ke kedai berkenaan.

Menurutnya, seorang daripada suspek mengacukan objek seperti pistol ke arah pekerja manakala seorang lagi memecahkan cermin menggunakan tukul.

"Siasatan awal mendapati semua suspek memakai jaket hitam serta bersarung tangan.

"Setakat ini, kita sedang meneliti rakaman CCTV dan memburu semua suspek terbabit," katanya.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 5 Mac 2017 @ 5:11 PM
ANGGOTA polis membuat siasatan di kedai emas yang dirompak. FOTO Ramdzan Masiam
ANGGOTA polis membuat siasatan di kedai emas yang dirompak. FOTO Ramdzan Masiam