Keadaan premis di Kampung Pulai Baharu, Kuala Nerus yang diserbu penguat kuasa JHEAT sebelum menahan tiga lelaki kerana membeli nombor ekor. FOTO Mohd Syafiq Ridzuan Ambak
Zatul Iffah Zolkiply
am@hmetro.com.my


Kuala Terengganu: Tiga kaki judi ditahan penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) di sebuah kedai makan di Kampung Pulai Baharu, Kuala Nerus, dekat sini, semalam.

Dalam kejadian jam 12.15 tengah hari itu, tiga lelaki berusia antara 23 hingga 50 tahun terbabit ditahan selepas membeli nombor ekor.

Pesuruhjaya JHEAT Datuk Wan Mohd Wan Ibrahim berkata, dua daripada lelaki yang ditahan itu mengaku kali pertama datang untuk membeli nombor ekor selepas diperkenalkan rakan.

“Ketiga-tiga mereka dibawa ke pejabat JHEAT untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 22 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 5 Mac 2017 @ 4:15 PM