Yang Dipertua (YDP) MPK, Nasri Mohd Ali (kiri) menyerahkan Ikrar Bebas Rasuah kepada Azmi. FOTO Adnan Ibrahim
Mohamad Fahd Rahmat
fahd@hmetro.com.my


Kluang: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membayangkan ada lagi tindakan agak drastik diambil berhubung kes rasuah di negeri ini.

Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor Datuk Azmi Alias berkata, tindakan itu akan diambil tidak lama lagi dan pihaknya bertegas ia tidak boleh dibiarkan.

"Saya terpaksa ambil tindakan ini demi kepentingan masyarakat dan negara," katanya selepas Majlis Menandatangani Ikrar Bebas Rasuah di Majlis Perbandaran Kluang (MPK), di sini, tadi.

Azmi berkata, beliau menjunjung titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar yang mahu negeri ini bebas dan bersih daripada amalan rasuah dalam satu pertemuannya, baru-baru ini.

Terdahulu, tempoh tahanan reman anak dan pegawai khas Exco kerajaan negeri yang disyaki terbabit dalam skandal penyelewengan hartanah dilanjutkan tujuh hari hingga Jumaat ini oleh Mahkamah Majistret Johor Bahru.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 5 Mac 2017 @ 2:27 PM