FOTO Hiasan
Rosliza Mohamed
am@hmetro.com.my


Kota Bharu: Seorang penunggang motosikal maut selepas bertembung dengan Naza Citra di Jalan Salor Baru, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian 11.45 malam itu, Mohd Helmi Zakaria, 32, meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu Asisten Komisioner Baharom Abu berkata, Honda EX5 ditunggang mangsa menghala ke Pasir Mas hilang kawalan sebelum bertembung dengan kenderaan itu yang datang dari arah bertentangan.

"Mangsa maut di tempat kejadian akibat parah di kepala dan badan.

"Mayat dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian untuk bedah siasat.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1)(A) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 5 Mac 2017 @ 1:39 PM