FATTAH Amin.
Cik Pang

Terbeliak mata Cik Pang apabila dikhabarkan pelakon yang sedang hangat namanya sekarang, Fattah Amin dikatakan rapat dengan bekas isteri orang penting yang juga selebriti.

Apabila diberitahu mengenai perkara ini, Cik Pang cuba memikirkan bagaimana pula mereka boleh rapat sedangkan kedua-duanya tidak pernah punya kaitan antara mereka.

Bagaimanapun, Cik Pang tidak menafikan selebriti ini memang selalu saja dilihat hadir di majlis keramaian terutama membabitkan dunia hiburan.

Mungkin sering kali bertemu di majlis membabitkan dunia hiburan membuatkan mereka mula berkenalan antara satu sama lain.

Begitupun, serius mana hubungan antara mereka ini tidak pula Cik Pang ketahui. Cuma menurut sumber yang bercerita kepada Cik Pang, Fattah dan selebriti yang tidak kurang jelitanya ini mula berkenalan rapat selepas Fattah dan Neelofa membuat kenyataan yang mereka tidak mempunyai hubungan istimewa.

Rasa Cik Pang, hubungan Fattah dengan selebriti itu tidak lebih sebagai kenalan dan rakan sesama artis. Bertemu pun majlis dunia hiburan.

Biasalah kalau sudah lama bertemu dan berlanggar bahu serta bertegur sapa, sudah tentu lama kelamaan boleh menjadi kawan.

Kalau ada hubungan istimewa pun apa salahnya kerana masing-masing solo dan pernah melalui kekecewaan dalam percintaan.

Ataupun itu hanya tanggapan orang keliling, sedangkan Fattah dan selebriti itu memang benar-benar berkawan saja dan pengalaman kecewa cinta membuatkan mereka rapat kerana masing-masing sentiasa berkongsi cerita dan meluah hati.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 5 Mac 2017 @ 5:03 AM