ROBINSON

Singapura: Seorang lelaki warga Amerika Syarikat dihukum penjara dua tahun kelmarin selepas mengaku bersalah melakukan hubungan seks dengan gadis bawah umur dan merakamkan perbuatan itu dengan telefon bimbit.

Ketika ditangkap, polis juga menemui 321 filem yang mengandungi pornografi kanak-kanak dalam komputer milik Joshua Robinson.

Dipercayai inilah rampasan terbesar filem seperti itu untuk seorang individu di Singapura.

Robinson, 39, mengaku bersalah pada 13 Februari lalu atas empat tuduhan membuat filem lucah dan tiga kesalahan melakukan hubungan seks dengan gadis bawah umur.

Dia didakwa membuat hubungan seks dengan gadis berusia 15 tahun dikenalinya di laman sosial pada Jun 2013.

Dia sekali lagi berkenalan dengan gadis berusia 15 tahun pada Jun 2015 dan melakukan seks dengan mangsa serta merakamkan perbuatan itu.

Pengajar seni mempertahankan diri campuran itu juga mengaku salah memiliki filem lucah dan menayangkan bahan lucah kepada kanak-kanak. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 4 Mac 2017 @ 6:04 AM