YAYASAN Felda meminta orang ramai yang memiliki cetakan pertama agar memulangkan semula bagi diganti dengan naskah baru. FOTO Iqmal Haqim Rosman
Oleh Abnor Hamizam Abd Manap

Jempol: Yayasan FELDA meminta orang ramai yang memiliki cetakan pertama al-Quran terjemahan dwibahasa terbitan agensi itu agar memulangkan semula bagi diganti dengan naskah baru berikutan terdapat kesilapan pada ayat lapan Surah Yusuf dan pada surah al-An'€™am ayat 116 dan 117.

Pengerusi FELDA Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad berkata, kesilapan tidak disengajakan itu berlaku hanya pada cetakan pertama membabitkan ayat lapan Surah Yusuf dan pada ayat 116 dan 117 Surah al-An'am.

Ia sudah diperbetulkan pada cetakan kedua naskah Mushaf Al-Mukminin Al-Quran Al-Karim Terjemahan Dwi Bahasa Melayu & Inggeris Rasm Uthmani itu, katanya.

Katanya, orang ramai yang memiliki cetakan pertama al-Quran berkenaan boleh memulangkan semula kepada Yayasan FELDA atau pejabat FELDA berhampiran untuk diganti dengan yang baru.

"Kita juga sudah membuat pengumuman pada awal cetakan edisi pertama supaya memaklumkan kepada kita jika ada kesalahan ayat atau terjemahan maksud sehinggalah isu ini ditimbulkan," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mohd Isa berkata, FELDA memohon maaf atas kesilapan itu dan tidak sama sekali berniat mahu menyinggung perasaan umat Islam di negara ini.

Beliau mengulas mengenai teguran pembaca al-Quran berkenaan yang mengesan kesalahan pada ayat lapan Surah Yusuf dan pada surah al-An’am ayat 116 dan .

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 2 January 2015 @ 4:12 PM