PENCURI Hati berjaya memenangi hati pendengar dengan mendapat putaran tinggi di stesen radio.

Tanpa disangka segala usaha dan penat lelah penyanyi popular Ayda Jebat ketika menjayakan sesi promosi single Pencuri Hati versi dangdut di Jakarta, Indonesia baru-baru ini, membuahkan hasil lumayan.

Single itu kini menduduki carta teratas lagu popular di beberapa stesen radio di sana.

Ayda berkata, selepas menempuh pelbagai cabaran untuk memperkenalkan diri dan lagunya di negara itu, dia berasakan usahanya itu terbayar apabila semakin diterima peminat dari Indonesia.

“Saya sendiri sukar untuk mempercayainya, namun sudah menjadi rezeki apabila Pencuri Hati berjaya memenangi hati pendengar Indonesia dan menakluki carta lagu popular.

“Saya bersyukur kerana segala usaha dan cabaran untuk sampai ke tahap ini berbaloi. Saya juga mendapat tahu lagu itu mendapat putaran yang tinggi di stesen radio mereka walaupun nama saya masih hijau,” katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 3 Mac 2017 @ 5:34 AM