Mohd Hafas dan Nur Jannah johan qari dan qariah Tilawah Al-Quran Peringkat Terengganu 2017. FOTO Rosli Ilham
Rosli Ilham
am@hmetro.com.my


Dungun: Mohd Hafas Ali yang juga abang kepada johan qari peringkat kebangsaan 2015, Ahmad Tarmizi dipilih sebagai juara qari Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri 2017, malam tadi.

Imam Masjid Bukit Payung Marang berusia 35 tahun itu memperoleh 91.3 markah.

Tempat kedua pula menjadi milik Abdul Hadi Abdul Halim dari Dungun (89.8 peratus) dan Abdul Alim Zakaria dari Kuala Nerus (87. 8 peratus) di tempat ketiga.

Johan qariah pula, disandang oleh guru tarannum Yayasan Islam Terengganu, Nur Jannah Abdul Rahman dari Kuala Nerus memperoleh markah 87. 5 peratus diikuti Faridah Omar dari Besut (83. 2 peratus) dan Halimah Ibrahim dari Setiu (79.8).

Johan qari dan qariah itu menerima hadiah wang tunai RM8, 000 beserta piala dan sijil.

Tempat kedua menerima wang tunai RM6,000 serta piala dan sijil manakala tempat ketiga menerima wang tunai RM5,000 dan sijil.

Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin perkenan menyampaikan hadiah kepada semua pemenang di Arena Merdeka, di sini.

Turut berangkat Permaisuri Terengganu, Sultanah Nur Zahirah.

Hadir sama Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wan Nawawi Wan Ismail.

Kedua-duanya juara qari dan qariah akan mewakili Terengganu bagi Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan yang akan diadakan di Melaka pada 2 hingga 8 April ini.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 3 Mac 2017 @ 12:31 AM