GAMBAR hiasan
Hayati Ibrahim
ya_t@hmetro.com.my


Sepang: Polis menahan seorang lelaki untuk membantu siasatan kes pembunuhan tiga sekeluarga di sebuah rumah teres setingkat di Taman Dengkil Jaya, Dengkil, Selangor yang berlaku pada 29 Ogos 2013.

Ketua Polis Daerah Sepang Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali berkata, lelaki berkenaan ditahan pada jam 9.30 malam semalam selepas mendapat maklumat dan berdasarkan siasatan yang dilakukan.

"Berikutan itu, padanan profil asid deoksiribonukleik (DNA) dijalankan dan didapati lelaki berkenaan

boleh dikaitkan dengan kes pembunuhan itu.

"Kejayaan ini membuktikan kejayaan pihak forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam membantu menyelesaikan satu kes jenayah berat yang sudah berlaku,"katanya.

Pada 30 Ogos 2013, Harian Metro melaporkan tiga sekeluarga maut termasuk seorang kanak-kanak

perempuan berusia dua tahun disembelih di sebuah rumah teres setingkat di Taman Dengkil Jaya.

Mangsa adalah seorang wanita warga emas dikenali sebagai Muniamah, 64, seorang cucu lelakinya

dikenali sebagai Kugan, 21 dan cucu angkat Muniamah, Yamuni, 2, yang ditemui kira-kira jam 2.30 petang

oleh seorang ahli keluarga mereka.

Mayat ketiga-tiga mangsa ditemui dalam keadaan terbaring dengan kesan tikaman dan kelar senjata

tajam, masing-masing di leher, perut, dahi dan beberapa bahagian badan lain di ruang tamu serta bilik di

rumah berkenaan.

Pada 8 September 2013, polis mengesahkan kes pembunuhan tiga sekeluarga itu dipercayai bermotifkan

samun berikutan ada beberapa barang milik mangsa hilang dari rumah berkenaan, dan suspek yang

terbabit dalam kes berkenaan masih dikesan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 2 Mac 2017 @ 6:51 PM