HONDA City baru. FOTO Mohd Razlan Salleh
Mohd Razlan Salleh
mrazlan@hmetro.com.my


Kuala Lumpur: Honda Malaysia Sdn Bhd (HMSB) melancarkan model baru Honda City yang lebih agresif, sporty dan jimat bahan api.

Kenderaan segmen C ini masih mengekalkan enjin asal 1.5L empat silinder 16 injap SOHC i-VTEC bersama transmisi automatik CVT.

Enjin ini menjana 120PS pada 6,600 rpm manakala tork 145Nm pada 4,500 rpm.

Diiktiraf sebagai kenderaan cekap tenaga (EEV) dengan penggunaan bahan api 5.7L/100 km, model ini ditawarkan pada harga bermula RM78,300 bagi Grade S, RM84,600 (Grade E) dan RM92,000 untuk Grade V.

Antara pembaruan dilakukan termasuklah lampu hadapan LED (Grade V sahaja), lampu kabus dan lampu brek LED, lampu nyalaan siang (DRL), gril hadapan dan rim rekaan baru serta butang penghidup enjin untuk semua model.

Pembeli juga boleh mendapatkan pakej daripada Modula, Urban dan Utility serta aksesori berkaitan dengan harga menarik.

Sementara itu, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif HMSB Katsuko Hayashi berkata, pihaknya mensasarkan untuk menjual 2,000 unit model baru ini sebulan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 2 Mac 2017 @ 12:08 PM