AZLAN (tiga kiri) melancarkan program pemberian petrol motosikal percuma kepada ahli kelab Pembantu Am Pejabat UTM. FOTO Zulkarnain Ahmad Tajuddin
Mohd Sabran Md Sani
sab@hmetro.com.my


Johor Bahru: Kira-kira 100 Pembantu Am Pejabat Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai di sini, menerima kupon minyak petrol secara percuma dalam usaha mengurangkan beban akibat peningkatan kos hidup.

Timbalan Naib Canselor (Pembangunan) UTM, Prof Dr Azlan Abdul Rahman berkata inisiatif berkenaan dilaksanakan Kelab Pembantu Am Pejabat UTM kepada sebahagian 350 ahli di seluruh kampus UTM.

Katanya, program pemberian minyak petrol secara percuma itu juga satu usaha tanggungjawab universiti dan pertama kali dianjurkan pada tahun ini.

"Ia antara usaha dalam membantu kakitangan pembantu operasi UTM mengurangkan beban dengan diberikan kupon percuma sebanyak RM6.

"Inisiatif ini juga hasil keuntungan dikongsi bersama ahli yang diperoleh menerusi kutipan sewa penganjuran UTM Bazar setiap Selasa bermula dari jam 3 hingga 7 petang," katanya pada sidang media di sini.

Terdahulu ahli kelab itu beratur untuk mengisi minyak petrol di sebuah stesen minyak di Taman Universiti di sini, bermula 9 pagi tadi.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 2 Mac 2017 @ 10:42 AM