ROBERT Ruben Ornelas. FOTO Agensi
Agensi

California (Amerika Syarikat): Seorang bekas guru di California Selatan dipenjara 190 tahun kerana pergi ke Filipina untuk tujuan seks dengan beberapa budak perempuan bawah umur dan merakamkan perbuatannya.

Robert Ruben Ornelas, 66, didapati bersalah atas tujuh tuduhan termasuk melakukan perbuatan seks haram di negara asing dan menghasilkan gambar porno kanak-kanak.

Hakim Cormac Carney ketika memberi hukuman maksimum kepada Ornelas menyelar tertuduh kerana mendera mangsanya yang semuanya bawah umur dengan cara yang kejam dan langsung tidak mengendahkan kesannya terhadap mangsa.

Menurut pendakwa, Ornelas yang juga pernah menjadi jurulatih sofbol melawat Filipina sekurang-kurangnya tiga kali antara 2006 hingga 2012 dan membawa pulang rakaman video perbuatannya ke Amerika Syarikat (AS).

Perbuatannya terbongkar selepas seorang ahli keluarga melihat bahan lucah berkenaan di komputer Ornelas pada 2013 seterusnya menyebabkan siasatan dijalankan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 2 Mac 2017 @ 7:26 AM