Petikan video bapa menggantung anaknya sambil bertanya soalan matematik kepada anaknya.
Shanghaiist

Meishan: Seorang bapa mempunyai cara lain daripada yang lain, malah boleh dikatakan kejam ketika mengajar anaknya apabila menggunakan kaedah gantung di atas sungai sambil menarik-narik tali yang mengikat anaknya dan bertanya soalan matematik.

Video perbuatan itu tular di China sehingga mengundang pelbagai reaksi.

Difahamkan kanak-kanak itu berusia tujuh tahun dan berdasarkan video yang tular, ada yang bimbang dengan perbuatan lelaki terbabit dan ada juga yang ketawa.

Kanak-kanak itu pula menangis dan merayu bapanya menghentikan perbuatan berkenaan.

Ada juga yang mengatakan perbuatan itu adalah denda kerana kanak-kanak terbabit tidak menyiapkan kerja sekolah.

Dalam pada itu, selain kecaman, pujian juga diberikan oleh netizen apabila menyifatkan apa yang dilakukan lelaki terbabit bagus.

“Bila budak itu dengar mengenai soalan matematik, dia akan panik. Bagus, ayah!”, komen netizen di laman sosial Weibo.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 1 Mac 2017 @ 6:34 PM