Aida Adilah Mat
sukan@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Ratu skuasy negara Datuk Nicol David tidak berdepan masalah untuk mara ke pusingan kedua Terbuka Windy yang berlangsung di Chicago, Amerika Syarikat.

Bertemu pemain kelayakan dari Mesir Hania El Hammamy, Nicol melakar kemenangan mudah 11-8, 11-6, 11-9.

Dia akan bertemu pemain England Emily Whitlock awal pagi ini untuk mengesahkan tempat ke suku akhir.

“Saya benar-benar menikmati perlawanan semalam.

“Lawan sentiasa mengejar tanpa mengalah dan saya pula terus memberi tekanan kepadanya. Satu persaingan sengit membabitkan pemain Mesir yang baru berusia 16 tahun.

“Namun, saya gembira dapat menamatkan perlawanan dengan kemenangan 3-0.

Nicol mengiringi pemain nombor satu dunia Nour El Sherbini melangkah ke pusingan seterusnya selepas mudah menjinakkan Nadine Shahin.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 26 Februari 2017 @ 5:08 AM