FOTO konsep 3310 yang tersebar.
Afiq Hanif
afiq_hanif@hmetro.com.my


Nokia hampir pasti mengembalikan kegemilangan model 3310 ketika Kongres Mudah Alih Sedunia (MWC) 2017 dengan mengekalkan reka bentuk ikoniknya serta kali ini datang dengan skrin berwarna.

Sumber memaklumkan, Nokia 3310 mungkin tidak menyediakan skrin berwarna yang terperinci bagi menjadikan baterinya tahan lama seperti model asal.

Selain itu, permainan Snake yang menjadi ikon 3310 juga akan dikekalkan dengan operasi telefon menggunakannya Series 30+.

Kali ini, 3310 akan datang dengan warna termasuk hijau, merah dan kuning malah rekaannya lebih ringan berbanding model terdahulu.

Sebelum ini, Microsoft mengambil alih Nokia di bawah Microsoft Mobile dan kini syarikat Finland, HMD Global terbabit mahu memperkasakan semula jenama asal.

Ia dijangka ditawarkan pada harga sekitar RM280. Model asal 3310 diperkenalkan pada 2000 untuk menggantikan model 3210.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 25 Februari 2017 @ 8:45 PM