Keadaan mayat Agnes Luang, 18, yang ditemui terapung dalam keadaan sempurna kecuali ada kesan gigitan di belakkan badan selepas disambar buaya semalam. - Foto Ihsan BOMBA
BERNAMA

Miri: Mayat remaja perempuan yang disambar buaya ketika sedang mandi di sungai berdekatan Rumah Panjang Japang, Sungai Tapang Peking Baram, Marudi, semalam, dijumpai pada 11.10 pagi, hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Marudi Zulbada Alior berkata pasukan mencari dan menyelamat menjumpai mayat Agnes Luang, 17, dua kilometer dari tempat kejadian.

"Ketika ditemui, mayat mangsa terapung dan masih sempurna, cuma ada kesan gigitan," katanya di sini, hari ini.

Dalam kejadian 6.30 petang semalam, mangsa yang sedang menunggu keputusan SPM disambar buaya ketika sedang mandi di tepi sungai bersama ibunya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 22 Februari 2017 @ 6:18 PM