Anggota polis melakukan siasatan di kedai emas yang dirompak petang tadi. FOTO Omar Osman
Omar Osman
am@hmetro.com.my

Sungai Petani: Empat perompak bersenjatakan sepucuk pistol dan tukul besi melarikan empat dulang emas dianggarkan bernilai RM80,000 dari Kedai Emas Eumas,Jalan Dewa, di sini, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira 5 petang, empat perompak yang memakai topi keledar bertindak menyerbu kedai emas terbabit dan ketika itu terdapat empat kakitangan dan pemilik premis.

Terdahulu, empat suspek yang menunggang motosikal jenis Honda EX5 meletak motosikal mereka di tepi sebuah kedai kira-kira 20 meter dan berjalan kaki ke arah kedai emas itu.

Menurut sumber, sebaik masuk ke kedai emas itu seorang suspek dikatakan menunjukkan pistol kepada empat orang iaitu pemilik dan pekerja serta mengarah mereka berdiam diri dan tidak melawan.

Katanya, seorang suspek kemudian bertindak memecah cermin tempat barang emas dipamer dengan menggunakan tukul besi yang dibawa sebelum mengambil empat dulang berisi barang kemas lalu memasukannya ke dalam beg seorang rakannya.

"Tiga suspek kemudian segera keluar dari kedai sebelum diikuti seorang lagi rakan mereka menuju ke arah tempat motosikal mereka dan memecut ke arah Jalan Ibrahim," katanya.

Sumber berkata, seorangdaripada suspek bersenjata bersenjatakan pistol dan anggaran barang kemas yag dirompak bernilai RM80,000.

Ketika ini, pihak polis masih meneruskan siasatan lanjut di tempat kejadian.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 21 Februari 2017 @ 7:50 PM