SARAH. FOTO Nurul Syazana Rose Razman
Najiy Jefri
najiy.jefri@hmetro.com.my


Tempoh lima tahun menjadi penyanyi membuatkan Maisarah Ismail atau lebih mesra disapa Sarah, faham dengan sepak terajang industri hiburan.

Anak ketiga daripada lima beradik itu akur apabila laluannya dalam bidang seni suara belum menyinar selepas penyertaannya dalam program realiti My Starz LG musim ketiga pada 2010.

Tidak terhenti di situ, Sarah mencuba nasib pula menjadi anak didik penyanyi Cat Farish sebelum beralih arah kepada Awi Rafael dengan menyertai kumpulan Girl Republic bersama Pija Mentor dan Sarah Anne.

Namun, percubaan demi percubaan yang dilakukan tidak bertahan lama selepas dia mengambil keputusan keluar daripada kumpulan itu dan bergerak solo.

“Saya seorang yang tidak suka berada dalam sesuatu kelompok atau tempat untuk tempoh masa lama. Jika saya berasa pembabitan dalam kumpulan agak lama, saya ambil keputusan bergerak solo.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 20 Februari 2017 @ 6:59 AM