Mourinho sebelum saingan pusingan kelima Piala FA antara Mancester United dan Blackburn Rovers di Eqood Park. FOTO Reuters
AFP

London: Jose Mourinho perlu melepasi halangan bekas kelab Chelsea jika Manchester United mahu mengekalkan kejuaraan Piala FA berikutan perlawanan pusingan kelima.

Mourinho mengelak topik kepulangannya ke Stamford Bridge selepas kemenangan 2-1 ke atas Blackburn Rovers di Ewood Park, Blackburn, awal pagi tadi.

Awal musim ini, Manchester United mencatatkan kekalahan paling teruk dalam kerjaya Liga Perdana Inggeris Mourinho apabila tewas 4-0 kepada Chelsea.

Pengurus warga Portugal itu yang pernah memenangi Piala FA bersama Chelsea pada 2007 memilih untuk tidak memberi komen berhubung saingan suku akhir itu.

“I have no reaction,” kata Mourinho.

“Saya menghadapi Saint-Entienne (dalam saingan 32 terakhir Liga Europa pada Rabu), perlawanan akhir (bertemu Southampton Piala Liga pada Ahad), mudah-mudahan satu lagi perlawanan Liga Europa dan bersaing untuk empat kedudukan teratas dalam Liga Perdana Inggeris.

"Jadi saya mempunyai begitu banyak perkara yang perlu difikirkan.

"Mungkin Chelsea hanya boleh berfikir tentang itu kerana mereka adalah juara. Mereka tidak menghadapi kejohanan lain. Saya percaya Piala FA adalah sesuatu yang penting bagi mereka," katanya.

Sementara itu, Pasukan bukan liga Lincoln bakal berdepan Arsenal jika Gunners menewaskan satu lagi pasukan bukan liga, Burnley Sabtu ini.

Lincoln pasukan bukan liga pertama yang berjaya ke suku akhir dalam lebih seabad selepas menewaskan Burnley, Sabtu lalu.

Perlawanan Suku Akhir Piala FA setakat ini:

• Chelsea mln Manchester United

• Middlesbrough mln Huddersfield/Manchester City

• Tottenham Hotspur mln Millwall

• Sutton United/Arsenal mln Lincoln

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 20 Februari 2017 @ 6:42 AM