Kenderaan dipandu mangsa merempuh pokok di Jalan Kota Marudu-Langkon. FOTO Mohd Ruzaini Zulkepli
Junaidi Ladjana
junaidi_ladjana@hmetro.com.my


Kota Marudu: Seorang petani maut selepas kenderaan dipandunya hilang kawalan dan merempuh sebatang pokok di Jalan Kota Marudu-Langkon, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian 8.27 pagi tadi itu, pemandu Toyota Hilux berusia 65 tahun meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Kota Marudu Superintendan Izaan Abdullah berkata, siasatan awal mendapati kenderaan itu dari arah Langkon menuju ke pekan Kota Marudu.

"Ketika sedang menuruni jambatan, kenderaan itu hilang kawalan dan melanggar pokok,” katanya hari ini.

Izaan berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 19 Februari 2017 @ 4:05 PM