Nor Amalina Alias
ama@hmetro.com.my


Bachok:Polis Kelantan sedang memburu dua suspek disyaki terbabit dalam kejadian pecah masuk bilik penyimpanan senjata dan mencuri kelongsong peluru di Lapang Sasar Gunong, Bachok, 10 Februari lalu.

Ketua Polis Kelantan Datuk Dr Ab Rahman Ismail berkata, dua bilik penyimpanan itu dipecah masuk sebelum melarikan kelongsong peluru, pada 12.30 tengah hari.

Beliau berkata, kejadian disedari orang awam sebelum dilaporkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

"Dua suspek yang diburu itu dikenali Mohd Noor Zaridam Mamat, 31, dan Mohamad Fauzie Che Bakar, 30.

“Mereka dari Kampung Keting dan Kampung Lubuk Kuin, Gunong, iaitu tidak jauh daripada lokasi kejadian.

"Sehingga ini, kita sudah menahan lima suspek berusia 20-an dan merampas satu senapang buatan sendiri untuk membantu siasatan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Inspektor Noor Syazana Zainail di 09- 7788222," katanya dalam sidang media, di sini, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 18 Februari 2017 @ 3:18 PM