Oleh Syazwan Msar
am@hmetro.com.my


Kuantan: Mayat seorang penuntut institusi pengajian tinggi di Kemaman ditemui berhampiran Pantai Mak Nik, Kemamamn, hari ini.

Mayat Muhammad Aiman Abdul Khalib, 19, ditemui kira-kira 15 kilometer dari Pantai Cherating, dekat sini iaitu lokasi dia dilaporkan lemas, Isnin lalu.

Nelayan di Pantai Mak Nik menjumpai mayat mangsa sebelum memaklumkan kepada anggota polis.

Sebelum ini, Muhammaad Aiman dilaporkan lemas kira-kira jam 6 petang Isnin lalu selepas mandi bersama lima rakannya di pantai Cherating.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 17 September 2014 @ 2:19 PM