Norasikin Daineh
norasikin_daineh@hmetro.com.my


Kota Kinabalu: Pencarian lima mangsa bot karam di Pulau Mengalum masih diteruskan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Sabah, yang memasuki hari ke-21, hari ini.

Pengarah Maritim Wilayah Sabah dan Labuan Laksamana Pertama Maritim Mohd Zubil Mat Som berkata, operasi SAR dikekalkan pada keluasan 300 batu nautika di perairan Sabah, Sarawak dan Brunei.

Bagaimanapun, sehingga ini, katanya, belum menemui petunjuk baru.

"Keadaan cuaca baik dan jarak keluasan masih kekal sama berbanding sebelumnya.

“Kini sembilan aset terdiri daeripada dairpada APMM, Pasukan Polis Marin (PPM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan turut dibantu oleh pasukan keselamatan dari Brunei," katanya, di sini, hari ini.

Beliau berkata, operasi SAR itu tetap diteruskan sehingga mendapat arahan daripada pihak atasan.

Dalam kejadian 28 Januari lalu, bot pelancong jenis katamaran yang 31 orang termasuk 28 pelancong warga China karam di perairan Pulau Mengalum, dekat sini.

Dua puluh dua terselamat, empat maut manakala lima masih hilang.

caption:

1. LOKASI operasi SAR yang masuk hari ke-21 di perairan Sabah.

tamat.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 17 Februari 2017 @ 11:40 AM