Chapman (tengah) melancarkan Shell Helix High Mileage, petang tadi.
Lizam Ridzuan
lizamridzuan@hmetro.com.my


Kuala Lumpur: Shell Malaysia Trading Sdn Bhd memperkenalkan minyak pelincir Shell Helix High Mileage untuk memberi perlindungan khusus kepada kereta yang mempunyai perbatuan tinggi.

Minyak pelincir itu diformulasi dengan Teknologi Flexi-Molecule untuk memberi perlindungan sehingga 40 peratus lebih baik dan menyingkirkan enap cemar sebanyak 34 peratus pada enjin.

Pengarah Eksekutif Shell Lubricants Asia Tenggara, Troy Chapman berkata, minyak pelincir itu dirumus khas bagi menangani masalah kotoran enjin dan kehilangan prestasi kerana komponen haus.

Menurutnya, minyak yang lebih pekat membantu mengelakkan kebocoran dan memanjangkan usia enjin.

Harga runcit bagi pek empat liter Shell Helix High Mileage 15W-50 baru ialah RM148.

Servis di bengkel terpilih bermula 15 Mac hingga 15 Mei ini, pengguna akan menikmati potongan harga RM25 bagi setiap pek.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 16 Februari 2017 @ 7:57 PM