Pegawai penguat kuasa KPDNKK memeriksa bekalan minyak masak yang disorok di sebuah premis, semalam. FOTO ihsan KPDNKK
Rosliza Mohamed
am@hmetro.com.my


Kota Bharu: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Kelantan merampas 702 kilogram minyak masak bersubsidi bernilai RM3,159 yang disorok di sebuah premis di bandar ini, semalam.

Serbuan dilakukan hasil maklumat dan intipan KPDNKK pada jam 4 petang semalam.

Pengarahnya, Datuk Ab Ghani Harun berkata, siasatan mendapati pemborong terbabit menyorok minyak masak paket sekilogram sejak dua hari lalu.

Katanya, kesalahan itu disiasat mengikut Seksyen 15 Akta Kawalan Bekalan 1961.

"Pada masa sama, KPDNKK akan terus meningkatkan operasi terhadap pemborong, pembungkus, pasar raya dan peruncit seluruh negeri bagi memastikan bekalan minyak masak kembali normal.

"Kita meminta semua pihak memberi kerjasama termasuk tidak menyorok bekalan minyak masak," katanya di sini, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 16 Februari 2017 @ 6:41 PM