Peti sejuk pintar Samsung Family Hub. FOTO Afiq Hanif
Afiq Hanif
afiq_hanif@hmetro.com.my


Singapura: Samsung bakal membawa masuk perkakasan rumah berteknologi tinggi ke pasaran Asia Tenggara termasuk televisyen, mesin basuh, peti sejuk, penghawa dingin dan vakum.

Ia turut membabitkan tiga produk mencuri tumpuan termasuk TV jenis QLED, mesin basuh FlexWash dan peti sejuk Family Hub.

TV QLED membolehkan pengguna memperoleh visual lebih jelas serta tahap kecerahan yang menyamai suasana sebenar di samping lengkap sambungan Smart Hub boleh dihubungkan melalui aplikasi telefon pintar.

Mesin basuh FlexWash pula mempunyai dua slot basuhan dengan depan dan atas berkapasiti 21 kilogram serta 3.5 kilogram selain lengkap fungsi mengering.

Peti sejuk pintar Samsung Family Hub menampilkan paparan skrin di depan yang disambung ke Internet membolehkan mesin itu memaklumkan kepada pemilik sekiranya bahan disimpan dalam peti habis dan perlu ditambah.

Selain itu, Samsung turut memperkenalkan penghawa dingin AR9500 yang tidak mengeluarkan angin ketika beroperasi dan vakum robot Powerbot terbaru VR7000.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 16 Februari 2017 @ 3:14 PM