GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
Mohd Husni Mohd Noor
mhusni@hmetro.com.my


Putrajaya: Pendaftaran calon persendirian bagi Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3); Sijil Pelajaran Malaysia (SPM); Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) dan Sijil TinggiAgama Malaysia (STAM) 2017 akan dibuka pada 1 hingga 31 Mac ini.

Kementerian Pendidikan dalam kenyataan hari ini berkata, borang pendaftaran boleh didapati di Jabatan Pendidikan Negeri yang terdekat.

"Pendaftaran lewat tidak akan dilayan," katanya.

Katanya, maklumat terperinci tentang pendaftaran pentaksiran dan peperiksaan boleh didapati melalui portal rasmi Lembaga Peperiksaaan, Kementerian Pendidikan menerusi laman web lp.moe.gov.my.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 15 Februari 2017 @ 6:12 PM