Cavani gembira selepas pasukannya tewaskan trio Suarez. FOTO AGENSI
Reuters

Paris: Penyerang Paris St Germain Edinson Cavani menikmati detik manis bertukar jersi dengan rakan senegara Uruguay dan Barcelona Luis Suarez selepas skuadnya menang aksi pertama kalah mati Liga Juara Juara.

Juara Perancis itu menewaskan Barca 4-0, awal pagi tadi.

Suarez adalah antara gandingan pertama tiba di Eropah pada 2006 ketika menyertai kelab Belanda Groningen dan Cavani yang dilahirkan di bandar sama Salto, mengikut jejak langkahnya setahun kemudian apabila menandatangani kontrak bersama Palermo.

Suarez ternyata lebih prolifik selaku penjaring tetapi tidak menjadi pada aksi di Parc des Princes awal pagi tadi manakala Cavani mempamerkan komitmen bertahan yang tinggi sebelum meledak satu jaringan untuk kejayaan PSG.

Bekas pemain Liverpool itu mempamerkan aksi kurang menarik bersama trio dikenali 'MSN' menggandingkan Lionel Messi, Suarez dan Neymar yang dikawal kemas oleh bahagian tengah dan pertahanan PSG.

Dua jaringan Angel di maria serta penyudah kemas Julien Draxler memastikan PSG selesa 3-0 di depan.

"Kami bermain aksi menarik sejak saya menyertai kelab ini dan keadaan itu dapat dilihat pada perlawanan malam ini," kata pemain berusia 30 tahun itu.

Cavani beraksi selaku penyerang tunggal selepas Zlatan Ibrahimovic berpindah ke Manchester United.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 15 Februari 2017 @ 1:11 PM