Mastura dituduh cederakan bayi sendiri yang boleh membawa kematian. FOTO Sarah Zulkifli
Sarah Zulkifli
sarah@hmetro.com.my


Kajang: Seorang juru tol mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, hari ini, atas pertuduhan menyebabkan kecederaan bayi lelakinya yang boleh membawa kematian, Januari lalu.

Tertuduh, Mastura Shari, 32, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Noridah Adam.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa menyebabkan kecederaan yang boleh membawa kematian terhadap bayi lelaki di Pejabat Tol Bukit Kajang, Hulu Langat, di sini, antara jam 4.20 petang hingga 5.40 petang, 6 Januari lalu.

Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun.

Mahkamah memerintahkan jaminan sebanyak RM20,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 7 Mac depan untuk sebutan semula kes

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 14 Februari 2017 @ 12:55 PM