Anggota polis mengawal lokasi serangan berdekatan mayat mangsa selepas penyerang nekad meletupkan bom bersama dirinya di Lahore. - Foto AFP
AP

Lahore: Serangan bom nekad yang mensasar polis mengawal tunjuk perasaan di sini, membunuh sekurang-kurangnya 13 orang manakala hampir 60 lagi cedera, serangan yang didakwa Taliban dilakukannya,

Dalam letupan bom petang semalam (malam tadi waktu Malaysia) ketika ratusan ahli farmasi yang membantah pindaan undang-undang baru penjualan ubat itu, enam anggota polis, termasuk bekas ketua pasukan anti pengganas terbunuh.

Rakaman CCTV menunjukkan penyerang nekad itu berjalan kaki, dipercayai berpura-pura menyertai perarakan berkenaan.

Timbalan Ketua Polis Lahore, Sameer Ahmad, berkata sekurang-kurangnya 13 terbunuh dan 58 lagu cedera, termasuk sembilan kritikal.

Kumpulan yang menggelar diri mereka Jamaat-ul-Ahrar yang bersekutu dengan Taliban Pakistan, mendakwa melakukan serangan itu sebagai membalas operasi tentera Pakistan terhadap militan suku kaum di sempadan Afghanistan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 14 Februari 2017 @ 7:30 AM