BERGAMBAR kenangan selepas tamat program.

Sempena perayaan Tahun Baru Cina, Sunway Lagoon membawa keriangan kepada 28 kanak-kanak dari Watoto Children’s Choir dan Rumah Jaireh menikmati keseronokan dengan pelbagai aktiviti menarik serta acara pendidikan.

Majlis bermula dengan sambutan meriah daripada pasukan Sunway Lagoon dan pasangan selebriti Sunway Lagoon, Kapten Quack dan Lady Quack.

Persembahan tarian singa yang menyeronokkan sempena perayaan Tahun Baru Cina dan pemberian limau Mandarin kepada kanak-kanak terbabit sebagai simbol acara itu.

Sebelum aktiviti taman dimulakan, Watoto Children’s Choir menyanyikan beberapa lagu untuk terus menghidupkan suasana meriah.

Kanak-kanak Watoto dari Uganda dan Afrika turut berkongsi sedikit budaya dan latar belakang dengan penduduk tempatan.

Kanak-kanak itu kemudian dibawa ke Taman Hiburan untuk menikmati pelbagai aktiviti menyeronokkan diikuti lawatan sambil belajar menyaksikan lebih 150 spesies haiwan dari seluruh dunia.

Wakil pihak Sunway Lagoon, Sean Choo berkata, pihaknya gembira dapat membawa keceriaan kepada anak-anak Watoto dan Rumah Jaireh.

“Musim perayaan adalah waktu bergembira terutama pada kanak-kanak, ia lebih penting untuk memberi pengalaman menyeronokkan apabila mereka boleh belajar dan bermain,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 14 Februari 2017 @ 6:43 AM