Mohd Husni Mohd Noor
mhusni@hmetro.com

my

Putrajaya: Dua lagi kontraktor masing-masing berusia 40 dan 49 tahun ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) petang tadi bagi membantu siasatan kes salah guna dan rasuah kuasa membabitkan bekas Yang Dipertua Majlis Perbandaran bergelar Datuk.

Sumber SPRM berkata, kedua-dua suspek itu ditahan kira-kira jam 7.30 petang tadi di Negeri Sembilan.

"Kedua-dua mereka bersama empat lagi suspek akan di bawa ke Mahkamah Majistret Seremban esok bagi mendapatkan permohonan reman," katanya.

Sebelum ini, seorang bekas Yang Dipertua Majlis Perbandaran sebuah daerah bergelar Datuk ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini dipercayai terbabit dalam rasuah dan salah guna kuasa sejak 2009.

Suspek berusia 63 tahun itu ditahan bersama tiga kontraktor yang disyaki menganugerahkan beberapa projek membabitkan pejabat daerah dan Majlis Perbandaran di mana suspek pernah berkhidmat.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 13 Februari 2017 @ 9:43 PM