MAYAT mangsa ditemui berhampiran jeti Kuala Baram. FOTO Mohd Rizal Abdullah
Mohd Rizal Abdullah
mohd.rizal@hmetro.com.my


Miri: Mayat mangsa terakhir kejadian perahu karam di Sungai Batang Baram berhampiran Kampung Muhibbah ditemui, 3.40 petang tadi.

Mayat mangsa, Rumpun Pungat, 68, ditemui oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) berhampiran jeti Kuala Baram.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Zon Miri, Law Poh Kiong berkata, mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Terdahulu, anak mangsa Stewart Pungat, 18, ditemui pada 8.30 pagi berhampiran lokasi kejadian itu.

Perahu yang dinaiki empat lelaki termasuk bapa dan anak itu terbalik dan karam pada 10.30 malam tadi. Dua mangsa yang lain berjaya menyelamatkan diri.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 13 Februari 2017 @ 4:25 PM