Los Angeles: Seorang kanak-kanak berusia dua tahun menembak mati ibunya secara tidak sengaja di sebuah pasaraya Walmart di Idaho, semalam.

Kejadian berlaku selepas kanak-kanak itu mengambil pistol dari beg duit ibunya.

Mangsa, Veronica Rutledge dikatakan berada bersama-sama anak dan anggota keluarganya yang lain untuk membeli-belah di pasar raya di Hayden itu.

“Kanak-kanak itu yang duduk di dalam toli mengeluarkan pistol dari begi duit ibunya lalu melepaskan tembakan yang terkena mangsa,” kata Syerif Kootenai County Ben Wolfinger.

Dia juga mengesahkan Veronica mempunyai lesen untuk memiliki senjata.
- Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 1 January 2015 @ 5:03 AM