IDEA dekorasi berkembang mengikut peredaran zaman.

Dunia hiasan dalaman turut berkembang mengikut peredaran zaman. Reka bentuk asal hiasan umpamanya ‘disalin’ pada zaman terkemudian hingga terhasilnya produk yang memenuhi cita rasa masyarakat ketika itu.

Di Eropah pada zaman pertengahan awal dikatakan beberapa hiasan dalaman yang ketara diwujudkan kecuali ciri-ciri Islam di Sepa­nyol dan Empayar Byzantine.

Sementara hiasan mudah alih atau tergantung pula dilihat antara kemasan untuk istana.

Pada lewat zaman pertengahan pula elemen hiasan dianggap karya seni dikatakan mula menghiasi ruang dalaman bangunan awam.

Sementara itu Renaissance Itali pula dipengaruhi gaya Yunani dan Rom apabila hiasan dalaman yang diba­ngunkan dari kebesaran dan keindahan.

Golongan bangsawan pula menghiasi istana dan vila kediaman mereka dengan dekorasi eksklusif.

Idea dan reka bentuk hiasan Itali kemudian menular di beberapa negara lain. Begitu juga dengan ruang dalaman di keba­nyakan kediaman di Sepanyol yang memaparkan warna kenamaan, perabot dan hiasan berkemasan kulit serta tekstil halus.

Di England pula ketika abad ke-18, beberapa nama pereka perabot tersohor ketika itu iaitu Chippendale, Sheraton dan Hepplewhite turut mencetuskan fenomena dekorasi.

Malah gaya Elizabeth, gaya Jacobean dan gaya Georgia juga dicetuskan.

Di Amerika pula penggunaan perabot buatan sendiri dengan bahan mentah dari hutan asli selain kain sutera dan piuter antara yang menarik perhatian. Gaya yang dikenali sebagai awal kolonial kemudian dihidupkan semula.

Ketika abad ke-19, standard pertukangan lama diubah dan terhasilnya mesin membuat perabot bagi memenuhi permintaan kelas menengah yang semakin meningkat.

Pada pertengahan abad ke-20, apabila gerakan penghasilan seni dan kraf tersebar secara tidak langsung merangsang terhasilnya hiasan Victoria.

Keadaan itu mendorong wujud semula minat terhadap gaya hiasan lama hingga tercetusnya idea moden yang baru.

Dari itu, pereka dan pengeluar perabot dan perhiasan mula menghasilkan produk kos rendah untuk menghiasi bilik kecil dan menggabungkan pelbagai kegunaan.

Bahan sintetik yang digunakan sementara logam dan kaca diletakkan untuk kegunaan baru. Selain aspek lain termasuk lampu, corak dan warna serta keselesaan mula menjadi keutamaan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 11 Februari 2017 @ 10:53 AM