Pemain Terengganu, Federico Matias Falcone (kiri) diasak pemain Kuantan FA, Woonsub Sim (kanan). FOTO STR/MOHD SYAFIQ RIDZUAN AMBAK
Malik Muhamad
am@hmetro.com.my


Kuala Terengganu: Terengganu mencatat kemenangan ketiga berturut-turut selepas menumpaskan Kuantan FA 2-0 dalam aksi Liga Perdana di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, di sini, malam tadi.

Jaringan Terengganu dihasilkan penyerang import Issey Nakajima Farran dan Abdul Latiff Suhaimi.

Pintu gol tuan rumah diuji seawal pertama menerusi Mohd Shahrul Aizad Zulkifli namun kecekapan penjaga gol muda Amierul Hakimi Awang mengagalkan percubaan itu.

Dua minit berselang giliran tuan rumah menguji lawan menerusi Issey Nakajima yang hanya berdepan penjaga gol namun sepakannya diselamatkan penjaga gol Mohd Sheril Anuar Saini.

Terengganu kehilangan penjaga gol utama selaku kapten pasukan Mohd Sharbinee Allawe Ramli yang mengalami masalah paru-paru membuat percubaan kedua melalui tandukan pemain pertahanan Mohd Izuan Jarudin namun gagal menerjah jaring.

Pemain import Terengganu Lutfulla Turaev turut mendapat peluang terhidang pada m-31 namun masih gagal memecah kebuntuan walaupun hanya berdepan dengan penjaga gol begitu juga dengan percubaan K Partiban m-39 juga gagal mendapatkan gol pendahuluan.

Pelawat sesekali mengasak melalui pemain importnya Ljubo Baranin berikutan ketangkasan penjaga gol Amierul Hakimi yang beraksi cemerlang.

Skuad Peteh meledak jaringan pertama melalui Issey Nakajima m-47 yang mudah menolak masuk bola muntah daripada dakapan penjaga gol.

Hasrat anak buah Irfan Bakti meledak jaringan kedua melalui kapten Abdul Latiff Suhaimi bijak menyambung hantaran Turaev hasil sepakan percuma m-62.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 10 Februari 2017 @ 11:20 PM