ABANG sulung Allahyarham Mohd Lazi Mohd Taher, Nor Azman, 47, menyiram air mawar di pusara tiga beranak. FOTO Muhammad Hatim Ab Manan
Zairee Mohd Yasak
am@metro.com.my


Melaka: Cuaca mendung mengiringi pengebumian tiga beranak, malam tadi yang mati dalam kemalangan di Kampung Balik Bukit, Telok Mas, di sini, semalam.

Jenazah Mohd Lazi Mohd Taher, 35, dua anaknya Nurfarisha Amanina, 8, dan Nur Balqisha Amani, 5, selamat dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Telok Mas pada 10 malam.

Terdahulu, jenazah tiga beranak itu dituntut ahli keluarga dari Jabatan Forensik Hospital Melaka, pada 8.30 malam sebelum dibawa ke rumah ibu mangsa di Tambak Paya, Telok Mas, untuk disembahyangkan.

Jenazah kemudian dibawa menggunakan tiga van tiba di tanah perkuburan pada 9.30 malam dengan diiringi hampir 200 ahli keluarga, waris dan rakan arwah.

Dalam kejadian 1.30 tengah hari tadi, ketiga-tiga mangsa meninggal dunia apabila digilis lori pasir selepas motosikal ditunggang terbalik.

Berita berkaitan:

Tiga beranak maut إِنَّا للهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 9 Februari 2017 @ 12:28 AM