Adam ketika ditemui selepas memberikan taklimat pergerakan operasi SAR bot pelancong karam di Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Kota Kinabalu. FOTO Izhari Ariffin
Mohd Ruzaini Zulkepli
am@hmetro.com.my


Kota Kinabalu: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Sabah akan mengecilkan skop pencarian operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang memasuki hari ke sebelas hari ini dengan menumpukan keluasan kawasan 1,375 batu nautika persegi di perairan Kota Kinabalu, susulan penemuan seorang mangsa bot karam Sabtu lalu.

Pengarah Maritim Daerah Kota Kinabalu Laksamana Pertama Maritim Adam Aziz berkata, semua agensi kini memperhebat usaha pencarian di lokasi berkenaan dan turut dibantu oleh bot nelayan tempatan.

"Untuk operasi SAR yang masuk hari ke sebelas, kita akan menumpukan pencarian di perairan Kota Kinabalu sebaik pengesahan mayat wanita ditemui tersangkut di pukat nelayan di antara Pulau Mengalum dan Pulau Tiga, Sabtu lalu.

"Bagaimanapun, operasi SAR di lokasi lain seperti di perairan Sarawak dan Brunei masih diteruskan. Secara keseluruhan, 12 aset digunakan," katanya pada sidang media di Pusat Gerakan Operasi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Sabah, di sini, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 7 Februari 2017 @ 11:34 AM